Salah satu kegilaan ramai dikala Tahun Baru Cina adalah McD Prosperity Burger kerana ia adalah hidangan bermusim yang hanya  ada bila tiba Tahun Baru Cina Sahaja. Jadi ramai yang tidak lepaskan peluang untuk menjamah Prosperity Burger ni. Namun kalau anda segan silu untuk pergi ke McD, saya kongsikan resepi untuk membuat prosperity burger ala ala McD yang sedap.

Bahan2nya
1. Roti Burger
2. Burger Daging
3. Bawang Holland ~ di hiris
4. Salad & Tomato (jika suka)

Bahan Sos Lada Hitam

1. 2 cawan stok ayam (atau 1 cawan air + 1 kiub ayam)
2. 1/2 cawan susu segar (atau 1 cawan)
3. 1-2 sudu besar lada hitam (di tumbuk kasar )
4. 1/2 biji bawang besar (Di cincang)
5. 2 sudu besar kicap manis
6. 1 sudu sos tiram
7. 1 sudu mentega/ marjerin
8. 2 sudu besar tepung jagung  (dibancuh dengan sedikit air)
9. Sedikit garam dan gula  (jika perlu)

Cara-cara
1. Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam & susu segar. Didihkan.
2. Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.
3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
4. Goreng daging (tanpa minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam.
5. Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap.
6. Letakkan sayuran kegemaran pada roti. Letakkan daging yang telah di celup sos lada hitam dan taburkan bawang besar yang di hiris & tutup dengan bahagian atas roti. Sedia dihidang.

Selamat Mencuba!