Resepi Cendol

Bila cuaca panas di tambah dengan lapar, cendol adalah makanan yang sesuai untuk menenangkan perasaan anda. Marilah kite belajar buat cendol sedap.

Cara Buat Cendol

Bahan-Bahan:

1 cawan tepung beras
1 sudu tepung jagung
3 cawan air pandan
Secubit garam
1 sudu kecil air kapur
Sedikit perwarna hijau

Cara Membuat:

  1. Masukkan semua bahan dan masak sehingga pekat dan berkilat. Kacau selalu supaya tidak hangus

  1. Kemudian, bagi yg ada acuan maruku, tekan cendol di dalam acuan maruku terus ke dalam bekas air sejuk ataupun boleh gunakan piping.

  1. Sejukan di dalam peti ais

Cara Buat Air Cendol –

  1. 1/2 kilo pati santan segar dan taburkan secubit garam (letak ais untuk tahan lebih lama)
  2. Untuk air gula, campurkan gula melaka dan gula merah, masak bersama daun pandan. Masak selama lebih kurang sejam (Kemudian, campur sedikit tepung jagung untuk memekatkan air gula)
  3. Hidangkan bersama kacang merah, jagung manis, durian!! dan bahan-bahan lain mengikut selera anda