Tahun Baru Cina bakal tiba, dan kali ini, ia adalah tahun haiwan kesayangan ramai – anjing!

Sempena Tahn Baru Cina, tak kiralah anda bersama keluarga, sahabat mahupun bersendirian di rumah, pasti ada makanan pembuka selera disediakan, cukup seperti wonton ayam ataupun chicken wings pedas.

Jadi, Ikutilah beberapa resipi mudah berikut yang sangat mudah disediakan  di dapur anda sendiri. Ditambah pula dengan kemeriahan lampu tanglung dan bunga api/mercun cukup untuk meraikan Tahun Baru Cina anda dengan penuh meriah.

 

Wantan Ayam

Masa persediaan: 20 minit

Masa masak: 10 – 12 minit

Membuat kira-kira 24 hidangan

Bahan-bahannya:

1 1/4 cawan dada ayam, dimasak dan dicincang

2/3 cawan Sos Soya

1/4 cawan creamy peanut butter

1/4 cawan kubis ungu,dicincang

1/4 cawan Kubis,dicincang

1/4 cawan lobak merah

1 sudu daun bawang

1 sudu kecil ketumbar

1/4 cawan kacang tanah dihancurkan

 

Cara-caranya

  • Panaskan ketuhar anda ke 350 darjah F dan semburkan 2 acuan mini-muffin (24 cawan) dengan cooking spray.
  • Letakkan wonton ke dalam acuan mini-muffin. Bakar selama 10 hingga 12 minit atau sehingga keemasan coklat dan rangup.
  • Sediakan Salad Ayam dengan menambah ayam, kubis ungu, kubis Napa, lobak merah, bawang merah dan ketumbar ke dalam mangkuk.
  • Dalam mangkuk kecil, campurkan Soy Sauce dan peanut butter bersama-sama.
  • Tuangkan sos soya dan peanut butter kepada campuran salad dan gaul rata.
  • Tuang bahan2 yg telah digaul ke acuan dan taburkan sebilangan kecil kacang tanah yang dihancurkan dan ketumbar sebagai hiasan.

Sedia untuk dihidangkan.

Chinese 5 Spice Chicken Wings

 

Waktu persediaan: Chicken wing perlu marinate semalaman

Masa masak: 30 minit

Saiz hidangan 12 chicken wings

Untuk Chicken Wings

12 keping chihcken wings

Untuk Marinade

1/4 cawan penuh gula perang

1/2 cawan Soya sos

3 sudu besar air limau

1 sudu besar serbuk Chinese-five spice

1 sudu teh serbuk bawang putih

1 sudu madu

1 sudu biji bijan

Cara-caranya:

1. Campurkan semua ramuan Marinate dalam mangkuk.  Ketepikan 1/3 sos untuk kegunaan kemudian.

2. Letakkan chicken wing di dalam bekas kedap udara dan tambah sedikit garam. Biarkan chicken wings berkilat semalaman.

3. Panaskan oven hingga 400 darjah F.

4. Letak baking tray dengan foil untuk mudah dibersihkan nanti.

5. Kemudian, letak kan baking rack yang telah di spray  nonstick cooking spray telebih dahulu.

6. Bakar chicken wings tadi di atas baking rack selama 30 minit.

7. Keluarkan ayam dari oven dan masukkannya ke mangkuk besar. Masukkan sos yang berlebihan td ke dalam mangkuk dan gaul rata.

 

Chinese Dumplings

Masa persediaan: 30 minit

Masa masak: 8-10 minit

Saiz Hidangan : 12 dumpling

Bahan-Bahan:

220g minced chicken

1 bawang merah, dicincang halus

2 sudu kecil soya sos

1/4 cawan carrot cincang halus

2 sudu teh Minyak Sesame

1/4 cawan air

1 sudu teh pes halia

1 pek dumpling wrappers

 Cara-caranya:

1. Campurkan minced chicken, bawang merah cincang, halia, Soy Sauce dan lobak merah dalam mangkuk besar dan gaul

2. Untuk membuat dumpling, letakkan sesudu kecil campuran di atas di tengah tengah dumpling wrapper.

3. Dabkan sedikit air dengan jari anda di sekeliling dumpling wrapper dan kemudian lipat. Ulangi perkara yang sama untuk dumplings yang lain.

4. Susun dumpling dalam kuali dan letak Sesame Oil dan masak perlahan. Setelah dumpling berwarna coklat muda, tambahkan 1/4 cawan air dan tutup kuali  dan steam selama 8 hingga 10 minit.

Sedia untuk di hidang!