Sama ada anda mewarna rambut anda sendiri atau mewarnakan di salon, pasti akan ada beberapa calit warna di temui samada di dahi, telinga, atau leher. Oleh sebab itu, kita akan berusaha bertungkus lumus untuk membersihkan warna dye pada kulit kita itu.

Pigmen dalam pewarna rambut dirumus untuk menembusi “cuticle” luar rambut, menjadikan warna tahan lama di rambut. Jika terkena kepada kulit, ia juga boleh menembusi lapisan luar kulit, menyebabkan warna separa kekal pada kulit anda. Oleh itu, sebelum make-up atau makeover, kaji semula tip-tip pro ini untuk memastikan kulit anda tidak berubah warna, sama dengan rambut anda.

Perlu diingat bahawa sesetengah pewarna juga boleh menimbulkan kerengsangan/elergi pada kulit.

Walaupun semua jenis kulit mempunyai risiko elergi, cuba teliti kandungan pewarna jika mengandungi asid alpha- atau beta-hidroksi, kerana bahan ini akan lebih mudah menembusi  kulit dan seterusnya menyebabkan elergi.

Ikuti Langkah awal sebelum “Dye”

Sebelum mana-mana pewarna digunakan, cover bahagian-bahagian kulit yang berkemungkinan terkena dye, seperti garis rambut, telinga, dan belakang leher dengan petroleum jeli.

Anda juga boleh menggunakan sedikit minyak kelapa di sekeliling garis rambut sebelum melakukan dye.

Selain itu, anda juga boleh menghalakan penghawa dingin di sekitar garis rambut.

 

Cara hilangkan pewarna Dye

Berhati-hatilah ketika menggunakan warna coklat gelap dan hitam, kerana warna tersebut akan jelas kelihatan di kulit. Tanggalkan/cuci pewarna dari kulit anda secepat mungkin. Semakin cepat anda mengeluarkan pewarna rambut dari kulit, adalah lebih baik. Anda juga boleh menggunakan Dove beauty bar untuk membersihkan pewarna dye dari kulit.


Pewarna Dye juga boleh dibersihkan/dihilangkan dengan menggunakan toner muka.

Jika itu tidak berfungsi, anda boleh cuba menggunakan alkohol. Sapukan pada kapas atau gunakan swab alcohol. Perlahan-lahan gosokkan ke kawasan yang terkena, dengan hati-hati jangan terlalu menggosok kulit. Rawat kulit anda dengan baik selepas pewarna dikeluarkan. Perlu diingatkan, pembersih dan alkohol boleh menanggalkan kulit anda lebih daripada sekadar pewarna dye, oleh itu selepas menggunakan alkohol pada kulit, penting untuk memperbaiki kulit dengan pelembapyang  berasaskan petrolatum, kerana ia memberi perlindungan ke atas kulit seperti Vaseline Intensive Care Lotion Repair Advanced

Jangan kecewa jika pewarana dye tidak sepenuhnya hilang.Sekiranya pewarna tidak hilang, jangan risau kerana sel-sel kulit anda secara semula jadi, akan mengeluarkan pigmen dalam tempoh satu hingga dua minggu dengan sendirinya.