Mengurangkan sisa makanan adalah topik hangat pada masa ini. Dari potongan sayur-sayuran hingga buah-buahan. Berikut adalah beberapa makanan yang mungkin anda tidak tahu yang anda boleh makan.

Biji Avocado

Anehnya, anda boleh makan biji Avocado. Dikatakan ia sangat berkhasiat, penuh serat dan antioksidan. Cara terbaik untuk membuat makanan yang sangat keras ini ialah dehydrate biji dengan cara masukan biji dalam microwave, potong dan kemudian  grind sehingga menjadi serbuk. Serbuk biji Avocado ini boleh ditaburkan di atas yoghurt, salad atau ditambah kepada smoothies.

Biji Labu

Setiap kali anda membuat sup labu atau masak lemak labu atau mungkin bingka labu, jangan lupa asingkan bijinya. Biji serba boleh ini boleh dibasuh, dikeringkan dan kemudian dibakar dengan herba dan rempah kegemaran anda. Paprika dan cili atau rosemary dan oregano adalah kombinasi yang hebat. Cubalah dengan rasa kegemaran anda.

 

Rambut Jagung

Terdapat lebih banyak cara untuk menikmati sweetcorn. Next time anda beli jagung jangan tergesa-gesa untuk membuang rambut jagung sebab rambut jagung boleh digunakan untuk membuat teh, yang dikatakan mempunyai pelbagai manfaat kesihatan, termasuk sifat anti-inflammatory dan kesan menenangkan pada saluran kencing. Keringkan rambut jagung dan kemdudian rendamlah ke dalam air panas.

 

Kulit Udang

Deep fried kulit udang (tanpa kepala, antena dan isi) merupakan makanan ringan yang popular di seluruh Jepun dan China. Rempah-rempah yang crispy ini hanya dibuat dengan menyaluti kulit udang  dengan tepung jagung, secubit garam dan kemudian deep fry.

 

Lavender

Lavender tidak hanya mempunyai bau yang soothing tetapi juga rasa yang kuat. Lavendar boleh ditambah kepada kek, roti, jem dan hidangan daging yang dipanggang. Tetapi pastikan anda menggunakannya dengan berhati-hati, kerana rasanya boleh menjadi sangat kuat. Cuba coklat dan lavender torte atau jem aprikot dan lavender.

 

Dandelion

Pada zaman Medieval, dandelions telah banyak dikumpulkan di England dan digunakan untuk membuat minuman manis. Pada masa kini, Dandelion dianggap sebagai  bunga yang paling biasa di dunia dan boleh didapati di kebanyakan negara dengan iklim yang sederhana. Tetapi Dandelion mempunyai kegunaannya – daun pahit Dandelion boleh ditambah kepada salad, sementara teh Dandelion dianggap dapat mengurangkan kembung dan memperbaiki fungsi hati.

 

 

Daisy

Daisy mungkin dianggap sebagai rumpai oleh sesetengah orang, tetapi Daisy boleh dimakan mahupun sebagai hiasan kek yang cantik atau ditambah kedalam salad. Satu kajian juga mendapati mengambil beberapa daun kering Daisy dapat membantu mengurangkan migrain.